Monday, 15 December 2008

Ucapan di Majlis Makan Malam PKR (14/12/2008)


Para hadirin yang dihormati sekalian. Pada malam yang mulia ini, saya berasa amat gembira kerana berpeluang menghadiri majlis makan malam ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Kita semua tahu, 300 meja telah disediakan oleh PKR sempena majlis makan malam ini. Ini merupakan jamuan makan malam yang beransur politik dan paling besar di Bahagian Utara Sarawak. Barisan Nasional mahupun SUPP juga tidak pernah mengadakan jamuan sebesar ini.

Para hadirin yang saya hormati,
Di bawah kawalan kerajaan BN, negara kita semakin teruk. Kehidupan rakyat semakin susah. Malaysia kini perlukan seorang pemimpin cemerlang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hanya beliau saja dapat mengubah negara kita. Bukan itu saja, dunia ini juga amat memerlukan pemimpin yang bertaraf tinggi seperti beliau. Beliau untuk menjadi penghubung antara negara-negara Islamik dengan negara-negara barat. Dari sudut mata orang putih, hanya peminpin yang lemah lembut seperti Anwar sahaja yang dapat melakukan semua ini. Ia ini kerana dia memahami budaya negara barat.

Rakan-rakan yang saya kasihi,
Kami berasa amat gembira kerana beliau ialah “Peminpin” Pakatan Rakyat dapat hadir ke majlis makan malam ini. Marilah kita sokong Anwar sepenuhnya menjadi Perdana Menteri yang akan datang. Bolehkah? Tapi, macam mana kita boleh menjadikan Anwar sebagai “Prime Minister Malaysia” ? Tahukah semua???

Saya percaya para hadirin di sini tentu tahu “State Election” akan sampai tidak lama lagi. Mungkin tahun depan atau dua tahun lagi. Jika kita dapat menang sepenuhnya dalam pilihan raya negeri Sarawak, maka Pakatan Rakyat tentu dapat membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru dan Anwar tentu akan jadi “Prime Minister Malaysia” kita. Betul ka?

Tahukah para hadirin,
Saya percaya Anwar tentu dapat membawa perubahan kepada rakyat Malaysia. Hubungan kaum tentu menjadi lebih harmoni di bawah pimpinan Anwar. Setiap kaum akan dilayan dengan lebih adil dan tidak seperti BN sekarang menjalankan dasar “privellage Bumiputera” atau Hak Keistimewaan Bumiputera atau ketuanan Malayu.

Rakan-rakan semua,
Adakah anda semua di sini rasa sudah mendapat hak keistimewaan Bumiputera? Kenapakah kita semua masih hidup susah sekarang ni? Kenapa kita hanya tahu minoriti pemimpin-pemimpin UMNO menjadi jutawan? UMNO berpura-pura menggunakan hak keistimewaan bumiputera dan akhirnya merekalah yang jadi multi-billionaire. Tapi, cuba kita tengok majoriti bumiputera kini masih hidup miskin, betul tak?

Saya amat menyokong pendapat Anwar tentang dasar “New Ecomonic Agenda” (NEA) atau Agenda Ekonomi Baru. Kerajaan BN dengan “New Economic Policy” atau Dasar Ekonomi Baru hanya menguntungkan sebilangan kecil bumiputera sehingga mereka menjadi multi-millionaire tetapi NEA yang dicadangkan oleh Anwar memanfaatkan semua rakyat miskin dan yang dipinggirkan, tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Kita sedia tahu,
Sarawak merupakan negeri paling kaya dengan bahan-bahan mentah di Malaysia. Kita ada minyak mentah, kayu balak, getah,lada hitam dan sekarang juga ada kelapa sawit. Semasa kawalan kerajaan BN selama 45 tahun, Sarawak merupakan satu daripada negeri paling miskin di Malaysia. Banyak penduduk kampung dan orang ulu hidup di bawah garis kemiskinan. Bukan itu saja, banyak tanah NCR selalu diambil balik oleh kerajaan BN dan dijual semula. Tanah negeri Sarawak merupakan tanah Iban dan suku kaum yang lain. Tapi, tanah ini sekarang dirampas balik oleh kerajaan BN sedikit demi sedikit. Saya berasa semua tanah NCR akan habis dirampas balik oleh kerajaan BN pada satu hari nanti. Pada masa itu, dimana dapat kita tinggal nanti..?

Hadirin sekalian,
Tanah NCR dimiliki kita semua selama ini. Tapi, kerajaan BN tidak mau menyukat tanah NCR. Jadi, kerajaan BN tak bagi geran tanah. Adakah tanah ini betul-betul menjadi milik kita semua ??? Jadi, kalau Pakatan Rakyat menjadi kerajaan Sarawak, kita akan mengubah semua ini. kita akan menyukat secara rasmi semua tanah NCR dan memberi geran tanah, dan pulang balik semua tanah NCR kepada anda semua.

Kita semua tahu,
Kerajaan BN mentadbir Sarawak selama empat puluh lima tahun, tapi ulu kampung masih tak ada rangkaian jalan raya, elektrik ataupun bekalan air sampai sekarang. Kita selalu baca berita dari suratkhabar, kerajaan selalu bagi beberapa billion untuk membina jalan raya.

Tetapi,mengapakah jalanraya terutamanya di ulu kampong di Sarawak selalu berlubang dan selalu berada dalam keadaan yang teruk? Kami telah diberitahu penduduk kampung bahawa ada kes dimana ada sepuluh(10) lori yang menghantar batu-batan ke Ulu kampong untuk membina jalanraya, tetapi lapan (8)lori batu telah hilang. Mana lapan (8) lori yang menghantar batu-batan itu pergi? Dijual?! Kalau macam itu, jalanraya itu tidak akan siap dibuat. Keadaan ini selalu berlaku!

Semua hadirin di sini,
Kalaulah Pakatan Rakyat menjadi kerajaan, Kita berjamin akan membina jalan raya yang baik, sambung elektrik dan air dalam tempoh lima(5) tahun, selagi ada penduduk yang tinggal di kampung atau ulu tempat.

Adakah hadirin semua perhatikan,
Kampung yang miskin, yang tak ada elektrik, air atau laluan jalan raya tetapi masih sokong BN sepenuhnya. Cuba tuan-tuan dan puan-puan fikir, kalau kampung-kampung miskin, tak ada pembangunan, masih sokong BN secara penuh, perlukan kerajaan BN menyalurkan duit untuk majukan kampung-kampung ini??? Adakah BN masih perlu buang duit lagikah, jika mereka sudah yakin dapat menang 100%????

Jadi, saya berharap para hadirin sekalian akan menghargai undi di tangan anda semua dalam pilihan raya yang akan datang... Kita hanya dapat ubah nasib kita semua jika kita semua bijak guna kuasa di tangan anda. Setiap undi anda adalah amat penting kepada kita.

Saya percaya usaha yang dapat kita buat bukan ini sahaja selepas kita mampu menubuhkan kerajaan persekutuan, kita boleh menjamin akan buat dengan lebih baik daripada kerajaan BN seperti lima(5 )buah negeri di Semenanjung Malaysia di bawah pimpinan Pakatan Rakyat sekarang ni.

Akhir kata, masa tidak mengizinkan saya menjelaskan dengan lebih banyak lagi. Saya percaya pemimpin-pemimpin yang lain tentu boleh memberi penjelasan dengan lebih lanjut...

Sekian, terima kasih.

2 comments:

Anonymous said...

Encik Fong pun bijak dalam Bahasa Malaysia selain English dan Chinese.Hebat !Tahniah!

思想决定未来 said...

看不懂,马来文是马来西亚人民的骄傲。

哈哈哈。。。