Friday 16 November 2012

2012-Nov Pertanyaan DUN

NOTIS PERTANYAAN
PERATURAN MESYUARAT 19(3)
PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT
DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK
(Dewan Sitting 19 NOVEMBER – 28  NOVEMBER 2012)


Encik Fong Pau Teck

Adun Pujut N.64

Lot 2115 FL1,

Jln Bulatan,
98000,

Miri



Setiausaha,

Dewan Undangan Negeri Sarawak,

Petra Jaya,
 93502 Kuching

Tarikh: 2 NOVEMBER 2012



Tuan,

Dengan ini saya memberitahu bahawa saya hendak mengemukakan 10 soalan berikut untuk dijawab secara lisan / bertulis semasa Persidangan Dewan ini.

 1)    Bertanya kepada Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar (Jawapan Bertulis)
Pembakaran secara terbuka amat serius berlaku di Sarawak. Indeks Pencemaran Udara(IPU) di Miri adalah 164 iaitu pada tahap yang tidak sihat. Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar bahawa tidak lagi mengeluarkan lesen dan permit pembakaran terbuka sempena 25hb Ogos 2012.  Mengapakah masih banyak perladangan besar menjalankan aktiviti pembakaran haram? Apakah langkah-langkah yang mantap telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan?
a) Berapa bilangan syarikat ladang-ladang besar telah dikenakan hukuman di Miri dan persekitaran luar Miri? Senaraikan nama-nama syarikat berkenaan.
b) Berapa jumlah saman dikenakan bagi setiap syarikat berkenaan?

 2)    Bertanya kepada Menteri Perumahan (Jawapan Bertulis)
Sarawak merupakan wilayah yang makmur tetapi kebanyakan masalah rumah setinggan di Miri bukan sahaja menghadapi masalah bekalan elektrik bahkan mengharungi ketiadaan bekalan air. Ahli-ahli keluarga rumah setinggan mengalami kehidupan yang terdesak. Sebagai Sarawakian, kami berasa amat malu.
a) Berapa  buah dan jumlah bilangan penghuni rumah setinggan di Miri?
b) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk menolong penghuni berkenaan?

3)     Bertanya kepada Menteri Modenisasi Pertanian (Jawapan Bertulis)
Pada era kini, seluruh pelosok dunia sedang mengalami isu kekurangan bekalan makanan.  Sarawak merangkumi banyak tanah luas dan bahan mentah tetapi jumlah bilangan penduduk yang tipis. Sarawak juga merupakan sebuah wilayah yang amat sesuai dalam bidang pertanian dan penternakan.
a) Selain daripada khidmat bantuan dalam bidang perusahaan getah dan kelapa sawit, apakah dasar, khidmat bantuan atau bantuan kewangan yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam penanaman padi, jagung, ubi  kayu dan bekalan makanan memproses?    
b) Nyatakan dasar, khidmat bantuan atau bantuan kewangan daripada kerajaan dalam bidang haiwan ternakan? 

4)    Bertanya kepada Menteri Modenisasi Pertanian atau Menteri Tugas-tugas Khas (Jawapan Bertulis)
Di  sepanjangan benua Sarawak adalah dikelilingi oleh lautan. Justeru itu, Perikanan Air Tawar amatlah sesuai diusahakan di Sarawak. Masalah yang ketara dihadapi oleh penternak berkenaan adalah masalah kekurangan tanah untuk memulakan penternakan ikan air tawar. Kos pengimportan bahan perikanan bagi pihak penternak adalah tinggi.  
a)  Bagaimanakah kerajaan  menolong pihak penternak untuk memperolehi tanah dalam mengusahakan penternakan ikan air tawar?
b)  Kemukakan bantuan khidmat dan subsidi yang mampu diberikan oleh pihak kerajaan bagi membantu pihak penternak ikan air tawar ini?

5)     Bertanya kepada Ketua Menteri atau Menteri Tugas-tugas khas (Jawab lisan)
Pengeksportan produk sarang burung walit mempunyai nilai hasil pendapatan tertinggi di Sarawak.
a)  Nyatakan hasil eksport pendapatan produk sarang walit dalam 5 tahun yang lalu di Sarawak.
b)  Berapakah lesen telah diluluskan oleh kerajaan Sarawak kepada usahawan ternakan sarang burung walit sehingga kini?

6)    To ask the Minister for Industrial Development (Written answer)
Local people are very concerned about their job opportunities in Shell and Petronas in Miri.
a)  For Shell recruitment of the year 2007 – 2011, out of 380 new recruitment staff from Sarawak, how many are from Miri and also how many are graduates from Miri Curtin University?
b) Of the same year (2007-2011) of Petronas new recruitment Sarawakians staff, how many of them are from Miri Curtin University?

7)    To ask the Minister of Local Government and Community Development (Written answer)
a)  Please itemise the parking revenue, expenditures and net profit of Miri City Council for the year 2002 to 2011 respectively.
b)  State the parking revenue, expenditures and net profit of Sibu Municipal Council for the year 2002 to 2011 respectively.

8)    To ask the Minister of Local Government and Community Development (Written answer)
Refuse collection services are getting worse in Miri City recently.
a)  Please name the contractors for the refuse collection services of Miri City Council from  2005 to 2011.
b)  Name the new contractors for the tender in September 2012 of MCC.
c)  Please state the monthly payment to the respective contractors since 2005?

9)    To ask the Chief Minister or Minister of Special Function (Oral answer)
Labour shortage in all sectors has become serious in Sarawak recently.  What  causes labour shortage? Can government grant permit to recruit worker from countries other than Indonesia? If cannot. Please state why?    

10)    To ask the Minister for Industrial Development (Oral answer)
a)  State the number and worth of the contracts awarded to Sarawak based companies and non-Sarawak companies by Shell Miri and Petronas Miri in the year 2011?
b)  Does our state government have a policy to make sure that Sarawak based companies have priority in these fields?




Yang Benar,


______________________
Fong Pau Teck
N.64 Pujut
Tarikh: 2 NOVEMBER 2012

No comments: