Saturday 1 November 2008

Ucapan di Majlis Makan Malam DAP Limpang (31/10/2008)

Para hadirin yang dihormati,
Pada hari yang mulia ini, saya berasa amat gembira kerana diberi peluang berucap di Limbang malam ni. Hari ini yang bererti sangat kepada kita semua, kerana kita semua tau cawangan DAP Limbang yang telah ditutup selama 15 tahun ini akhirnya dapat dibuka lagi.

Parti DAP ialah satu parti politik untuk semua bangsa atau kaum. DAP bukan untuk orang kaya atau orang besar. DAP adalah untuk semua orang macam kita semua di sini.

Abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik semua,
Kita semua tahu, dalam pilihan raya beberapa tahun ini, kita hanya nampak muka YB dari Barisan Nasional di sini beberapa minggu sebelum pilihan raya. Pada masa itu, mereka akan janjikan apa-apa yang penduduk minta di sini. Nampaknya, mereka sangat ambil berat tentang kehidupan, kesusahan kita semua. Mereka juga berjanji untuk membangunkan bandar ini.

Saudara-saudari di sini tentu percaya janji kosong mereka. Tetapi, selepas BN menang dalam pilihan raya, semua janjian-janjian kamu orang dah dilupakan. Tiap-tiap kali BN buat perkara seperti ini.

Pernahkah anda semua tanya, bilakah penduduk yang tinggal di atas tanah tercinta ini mempunyai jalan raya terus ke Mulu? Ini semua ialah “jasa-jasa” kerajaan sekarang ni. Kerajaan kita telah tipu kita... Betul tak, Kawan-kawan ???

Kawan-kawan, Sarawak ialah sebuah negeri yang paling kaya di Malaysia... Tapi, malangnya pada hari ini, kita adakah sebatang jalan yang sambung terus ke Miri atau ke Lawas atau terus ke Sabah? Tak ada...Semua jalan-jalan ini tak wujud... Barisan Nasional tak pedulikan penduduk di sini !

Kita semua tau, kalau kita ada jalan raya yang dapat terus sambung ke Limbang dan Mulu national park, saya percaya perlancongan di sini tentu akan jadi makin bagus kerana tentu ada banyak pelancong akan melawat ke Limbang dan seterusnya orang yang berniaga tentu dapat banyak duit untung. Dengan itu, penduduk-penduduk yang cari lebih banyak duit tentu mempunyai kehidupan yang lebih selesa dan baik.

Kawan-kawan di sini,
Saya nak tanya satu soalan di sini. Pernahkah kawan-kawan pergi ke bandar Kuching, Sibu atau Miri? Parti DAP di sana sangat berkuasa. Parti BN susah untuk menang di bandar-bandar ini dalam pilihan raya setiap kali. Setiap kali BN boleh menang dalam pilihan raya, kerana BN main duit politik, mereka beri berapa ratus ringgit kepada setiap penduduk dan penduduk ni akan mengundi BN. Tapi, BN masih tak ada guaranty menang. Tau kenapa? Hah??.....KERANA penduduk telah TAU, SEDAR dan TAK PERCAYA kepada kerajaan yang main tipu sahaja.

Para hadirin,
Hari ini, kita telah menjemput YB. Chong Jieng Ren dari Kuching, YB Wong Ho Leng dari Sibu. Penduduk-penduduk di bandar Kuching dan Sibu telah tau mereka ada satu political party yang akan menjaga mereka. Jadi, kerajaan BN baru akan takut dan duit-duit kerajaan akan dikeluarkan dan belanja untuk pembangunan di bandar-bandar itu kerana BN mahu berkuasa lagi di bandar-bandar itu. Di bandar-bandar itu juga ada banyak jalan raya sambung ke tempat-tempat lain, hospital yang lengkap dengan perubatan, peralatan yang moden lagi canggih, termasuk doktor-doktor yang profesional. Pembangunan kemudahan asas di situ juga jauh lebih bagus jika banding dengan bandar Limbang di sini. Penduduk-penduduk di sana lebih senang untuk mendapat kerja, senang cari duit, ..... dan seterusnya dapat hidup dengan lebih selesa. Bukankah ramai orang muda di Limbang keluar dari sini dan pergi ke bandar-bandar itu atau tempat-tempat yang lebih jauh lagi cari wang dan hanya balik pada hari-hari yang tertentu sahaja? Kenapa ia boleh berlaku? Kenapa anak-anak muda tak boleh cari kerja, cari makan di tempat lahir sendiri ?

Saudara dan saudari,
Lihatlah kawasan yang anda cinta dan tinggal berpuluh-puluh tahun ni sekarang. Ada hospital yang lengkap tak? TAK ADA! Mengapakah berpuluh-puluh tahun ni masih tak ada General hospital? MENGAPA? Adakah kerajaan tak ada duit? Adakah kerajaan tak ada bajet? Jika ada orang jatuh sakit sampai sangat teruk, perlu rawatan segera.. Di manakah pesakit-pesakit ni boleh mendapat rawatan ? Hantar mereka terus ke General Hospital Miri ataupun ada cara yang lain yang lebih bagus bagi anda semua?

Masalahnya di sini, kita semua tahu, jalan sekarang yang sambung ke Limbang - Miri mesti melalui kastam Brunei dan kastam Miri. Pesakit itu mahu tunggu beraapa jam di kastam Brunei dan kastam Miri. Jadi, kerajaan Barisan Nasional mesti bina jalan raya yang dapat sambungkan Limbang terus ke Miri tanpa masuk negara Brunei dan lalui Kastam Brunei. Dengan ini, dapatlah jimatkan masa... Tapi, bina sebuah General hospital di sini akan lebih bagus dari pergi jauh dapatkan rawatan. Setuju tak, kawan-kawan semua ?

Malangnya, setiap kali pilihan raya, kita sokong BN tetapi masih tak ada General hospital, tak ada pembangunan dan ekonomi Limbang pun menjadi lebih teruk. Tengok sekalan, harga getah dan harga kelapa sawit pun turun. Adakah kawan-kawan rela hidup selesa dan hidup aman tanpa kemajuan setelah lama sokong Barisan Nasional? Adakah Kerajaan BN menghargai sokongan kita semua?

Kawan-kawan yang saya sayang semua,
Malaysia ialah sebuah negara yang demokratik. Rakyat-rakyat atau kita semua di sini sebenarnya ialah majikan atau “boss” dan kerajaan barulah pekerja. Setelah kita memilih mereka (kerajaan), barulah mereka dapat jadi kerajaan. Tau tak kawan-kawan, Jika kita tak pilih BN selama ini, mereka tak dapat jadi kerajaan kita. Ramai rakyat Malaysia tak tau sebenarnya merekalah sendiri ialah “boss” kepada kerajaan. Semua pendapatan atau duit kerajaan hisap dari rakyat Malaysia seperti INCOME TAX, EXPORT TAX dari kayu balak, kelapa sawit, dan terutamanya CLUE OIL. Jika kita ada pendapatan tinggi, INCOME TAX tentu akan jadi tinggi. Semua TAX yang kerajaan hisap harus guna balik untuk rakyat Malaysia, dan bukannya simpan dalam poket sendiri, seperti kata hisap darah orang lain dan derma kepada sendiri seperti kerajaan sekarang ni poket sendiri kenyang-kenyang, tapi poket orang lain kekosongan.

Kami DAP Tidak kira miskin atau kaya, kami sudi berkhidmat untuk saudara-saudari. Tahukah kawan-kawan, parti DAP sudah menguasai 3 negeri di Semenanjung Malaysia, iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Parti DAP telah mendapat kuasa untuk mentadbir bandar-bandar itu. Kerajaan DAP di bandar itu sangat ambil berat kehidupan penduduk... tidak kira kaum, agama atau bangsa. DAP yang ketuai Kerajaan Pulau Pinang dan Perak telah derma beras, bungkusan gula dan juga dermaan bentuk wang kepada penduduk yang hidup dalam kemiskinan.

Kawan-kawan,
Adakah kerajaan seperti ini yang diharapkan oleh kita semua? Cuba kawan-kawan tanya sendiri, bagaimanakah anda semua boleh mendapat kemajuan di tanah terbiar ini, jika masih hidup lagi di bawah BN? Jadi, sokonglah kami.

Kami, party DAP, rela berkhimat untuk kamu semua! Kami sudi berkhidmat untuk saudara-saudari tidak kira miskin atau kaya, apa-apa bangsa! Berikan kami peluang berkhidmat untuk Hospital Limbang, Jalan Raya Limbang terus ke Miri atau Mulu atau Lawas, kemakmuran Limbang, Keselesaan Limbang mahupun Masa Depan Limbang. Support PARTI DAP ! Parti DAP Sedia berkhidmat untuk Anda Semua!
Sekian, Terima kasih!

01/11/08 訪林夢
林夢國陣強區沒發展
我們跑了很多的鄉區,發現這幾十年來國陣都一直贏的選區特別沒發展,林夢就是其中一個例子。
照片中為林夢的某一小段的路下陷了,已經過了好幾年了,但有關當局不知是沒看到還是不想做或不會做?林夢幾十年來如一日,我們林夢的人民應該醒醒了,好好的想想這個政黨應不應該得到各位的支持?
行動黨在來屆的州選絕對會攻土保黨的這個強區,所有林夢的人民一定要給行動大力的支持。
如果我們有幸執政砂州,我們首先要做的就是連接所有甘榜和長屋的路,貫通美里--林夢--老越的公路。

5 comments:

思想决定未来 said...

为什么国阵强区十多年没有发展,林梦人民仍然要选择它?

是否是林梦人民认为国阵是天,不选它就等于天要塌下来了。

是否是林梦人民已经习惯受国阵霸权统冶,甘于忍受政府的一切无能政策,害怕改变,一改变,就会担心天下从此不太平了。

但是现在外面的情况已经大大改变了,在反对党执政的几个州,人民都看到了好的开端,很多事情上都证明反对党比国阵做的好。

因此在此建议DAP MIRI 多多进乡,给他们带去外面的消息,并且将反对党在其它几州做出的成绩传达给他们。

我相信林梦人民的思想会随着这些外面的信息而改变。

国阵不等于国家,国家属于人民,不属于国阵,人民有权选择自已认可的政党。

并且让他们对DAP 有信心,相信DAP 一定会比国阵做得好。

至少不会出现路陷此种独特风景,几年过去了,风采依旧,丝毫不见它改变。

真不知林梦人民每次经过这段道路,有何感想,有没有诉骂政府,如有,请大声喊出来。

不在沉默中爆发,就在沉默中灭亡。希望林梦的人民是在沉默中爆发。

林梦人民,您们的将来掌握在您们自已的手中。

请在下一届做出正确,有利于自已的确定。选择DAP,给DAP 一个为您们服务的机会,也给自已一个希望。

Anonymous said...

-林梦,国阵强区,发展少少,少少发展!
-国阵,在这小地方,站无不胜!嬴到醉!
-嬴到醉!醉都嬴!连连嬴!为何要发展?
-林梦的孩子站起来,不闹的孩子没糖吃!

**不在沉默中爆发,就在沉默中灭亡!**

Anonymous said...

"站无不胜”实为“战无不胜”

Anonymous said...

angin oo8,
好高兴林梦的DAP 支部能在关闭20
年后,于10月31又重新开放了。
可贺可喜啊!
林梦人民的心声不再没人听了!
同胞们,你们的眼睛是雪亮的,你们一致以行动来表达对BN政府的不满。
从大家当天积极出席DAP的晚宴,可以看除你们真的要改朝换代了。

我们要自己做主人,站起来,把贪污的领袖拉下来,还我们一个清廉的政府!

希望林梦的同胞多来此网页,与我们美里的同胞多交流!

改朝换代的号角响起来了!
明天会更好,振作起来吧,朋友!

Anonymous said...

把贪污的领袖拉下来,还我们一个清廉的政府!

very sharp sentence.